Cerita Pendek Dalam Pembikinan

Posted in cerita dalam pembikinan, deraf pertama, perlu pembaikan on Oktober 9, 2008 by fairul nizam

Aku tak ingat bila kali pertama aku lihat perempuan berbogel.

Sudah puas aku memerah otak, menggeledah segenap inci, ruang dan penjuru otak dalam tempurung kepala, tetapi tak berjaya. Ingatan itu kosong dan gelap.

Aku tak berjaya mengingat bila kali wahid – waktu revelation – aku menyaksikan seorang perempuan tanpa seurat benang pun menutupi tubuhnya.

Begitupun, aku cukup ingat waktu aku masuk ke dalam bilik abah dan membuka kotak berwarna merah jambu yang terletak di tingkat paling bawah sebuah gubuk kayu empat tingkat. Kenapa aku buka kotak itu, aku tak ingat. Mungkin out of curiosity. Yang pasti, sebaik saja aku buka kotak itu, seperti watak Vincent Vega membuka briefcase dalam filem Pulp Fiction, sejumlah cahaya membanjiri muka aku.

Terpampang sebuah majalah dengan gambar wanita tidak berbaju dalam kotak merah jambu itu. Aku tak ingat tajuknya – mungkin Penthouse atau Playboy.

Aku selak majalah itu. Sehelai demi sehelai. Ada banyak wanita tak berpakaian di dalamnya. Dalam pelbagai posisi.

Ada satu gambar yang benar-benar terpahat dalam memori aku; seorang wanita berbaring, bogel, dan bulu ari-arinya lebat kehitaman.

Waktu itu, aku terasa lain macam sikit. Mungkin syahwat. Aku tak ingat juga sama ada zakar aku mengeras atau tidak. Mungkin tidak kerana aku 5 tahun waktu itu.

Selepas daripada pengalaman pertama itu, kerap juga aku melawat ke bilik abah, membuka kotak merah jambu dan menyelak helaian majalah itu, sehelai demi sehelai. Aku rasa seronok melihat manusia yang amat berbeza dengan aku. Ia tidak berzakar dan mempunyai dada yang berbukit. Aktiviti ini aku buat sehinggalah pada satu hari, aku ditangkap oleh emak sewaktu sedang asyik menyelak majalah itu.

“Buat apa tu?!!”

Oleh sebab aku berumur 5 tahun, perbuatan aku terlepas begitu saja.

Aku rasa itulah kali pertama aku berhadapan dengan wanita berbogel, atau, emm, mungkin jugak waktu aku mandi bersama dengan seorang kakak saudara pak cik aku, yang menyuruh aku menutup mata lalu aku tutup tapi ada mencuri-curi tengok dan nampak dia terbogel depan aku. Dan lepas itu, aku mempunyai kegilaan terhadap buah dada dan juga wanita.

*

Aku kira waktu 80-an adalah kali pertama aku menonton filem porno. Atau waktu itu ia dipanggil blue film.

Ada satu filem tu, bukan filem porno tapi mungkin filem thriller, aku ingat benar penamatnya. Penamatnya adalah pendedahan identiti seorang wanita yang rupa-rupanya lelaki. Rambut dia kerinting afro dan aku ingat visual terakhirnya itu, dia berdiri tanpa seluar dan aku nampak zakarnya tergantung. Masa aku tengok tu, abah ada sekali.

Dia suruh aku tutup mata. Tapi macam biasalah, tutup mata dengan jari tak rapat supaya aku dapat curi-curi tengok.

Aku cerita ni pasal nak cakap yang waktu tu, abah aku memang sporting.

Dan aku selalu jugak nampak abah dan pak cik-pak cik saudara aku duduk berkumpul dalam satu rumah, bawak pita video dan layan tengok blue film sama-sama. Aku dapat la curi-curi tengok, tapi itu pun tak faham apa yang sedang dibikin oleh para pelakon tu.

Disebabkan oleh itulah, ada sekali tu aku main masak-masak dengan sedara aku dan lepas tu kita orang buat keputusan nak main kahwin-kahwin. Kita orang main kahwin-kahwin tu bawah gerai kayu yang ada pintu. Kita orang masuk bawah gerai tu, tutup pintu dan mula peluk-peluk.

Aku cuma ingat kita orang peluk-peluk je. Lebih daripada tu, aku tak berapa pasti.

Lepas tu, kita orang kena kantoi dengan kakak saudara aku tu. Dia pergi lapor kat mak aku yang aku main kahwin-kahwin sama adik dia, yang aku peluk adik dia.

Mak aku punyalah angin, lepas tu yang aku ingat aku meraung macam nak mati sebab kena sebat dengan mak aku.

Lepas tu, terus aku tak main kahwin-kahwin dah.

Advertisements

Pencuri Memang BABI

Posted in catatan on Oktober 9, 2008 by fairul nizam

Itu hari masa majlis kenduri kahwin di Puncak Jalil, ada malaun yang masuk dan copet dompet Natasya dan Kak Eida, saudara aku. Hangus RM450++.

Baru-baru ni, anak buah jiran Mommy kahwin dan majlisnya berlangsung di Puncak Jalil jugak. Habis majlis, mereka mendapati almari yang menyimpan duit hantaran sebanyak RM4600 terkopak dan duitnya lesap.

RM4600 beb. Aku yang hilang RM400 dulu pun dah pening-pening lalat. Ni RM4600.

Hawau sungguh pencuri yang mencuri masa orang bina masjid.

Dah la tu, pejabat aku pun kena pecah masa hari Raya baru ni. Lesap 3 biji PC dan 1 Mac. Yang lebih mengecewakan, fail-fail untuk Komikoo #7 yang sudah separuh siap turut sama diangkut oleh malaun-malaun tu.

Sekarang kena buat daripada mula balik.

Babiii pencuri, tak kiralah pencuri pejabat, orang kahwin dan yang sewaktu dengannya!

Bunga Jiwa

Posted in catatan on Oktober 8, 2008 by fairul nizam

Hari ini aku melihat seorang bayi sepanjang 3 sentimeter, berumur 10 minggu dan 2 hari duduk dalam rahim ibunya. Masa-nyata. Depan mata.

Berbunga-bunga jiwa aku.

Perihal Nasi Dagang

Posted in catatan on Oktober 7, 2008 by fairul nizam

Hari Raya tahun ini aku paling banyak makan nasi dagang. 5 hari di Kelantan, 4 hari aku sental nasi dagang (nasi bungkus ada jugak tapi tu lain cerita). Jam 7 pagi aku dah tercongok kat depan kaunter kakak nasi dagang kegemaran aku, tunggu giliran selama 45 minit hingga ke satu jam untuk membelinya. Mana tak, seorang pelanggan beli sampai 15 ke 20 bungkus tambah pulak dengan manusia-manusia yang tak reti nak beratur. Nasib baiklah akak penjual tu peka dengan kehadiran pelanggan-pelanggan dia jadi peluang untuk manusia tak beratur ni potong barisan tak berapa berjaya la.

Masa hari terakhir, sebab nak tapaukan nasi dagang untuk keluarga di Puncak Jalil, aku keluar rumah jam 6.30 pagi. Punyalah semangat! Sampai di pasar Kubang Pasu dalam 6.40, aku adalah pelanggan kedua yang beratur nak beli nasi dagang akak tu. Kalau aku lewat 20 minit, sah-sah aku kena beratur sejam lagi. Phew, lega. Masa nak sampai tu, cuak jugak sebab aku tengok macam pasar tutup lagi, tapi nasib baiklah dah bukak.

Sebab itu hari yang terakhir aku beli nasi dagang, aku pun ringankan mulut berbual sama akak tu. Aku rasa akak tu pun dah perasan muka toya aku beratur kat depan kaunter dia selama 3 hari. Jadi aku pun bagitaulah yang aku dah nak balik Kuala Lumpur, dan aku datang nak tapau nasi dagang untuk keluarga di Kuala Lumpur.

Akak tu jawab, kalau dia tau, boleh dia bagi aku pulut kuning sebagai hadiah bawak balik KL. Tapi sebab dia tak tau, jadi melepaslah aku nak rasa pulut kuning.

Takpe, next time.

Raya

Posted in catatan on September 30, 2008 by fairul nizam

Sekejap dah nak raya. Macam tahun-tahun lepas. Masa mula puasa, rasa macam masa berjalan laksana siput, lambat dan perlahan. Lepas hari ke-15, macam kereta masuk gear 5, berdesup larinya. Tup tap, dah 30 hari puasa. Dan esok, raya datang lagi.

Selamat Hari Raya!

Kaufman

Posted in catatan, petikan on September 17, 2008 by fairul nizam

“You’re nervous, I’m nervous – we are people.”

via AICN via storyboard@Wired

Separuh jalan mendengar temu ramah Jason Tanz dengan salah seorang penulis skrip yang mampu membayangi pengarah, Charlie Kaufman. Dia menulis Eternal Sunshine of A Spotless Mind, salah sebuah filem kegemaran aku sepanjang zaman dan beberapa lagi filem hebat – Adaptation, Being John Malkovich, Human Nature dan terbaru, dia sudah bergelar pengarah dengan filem yang bertajuk Synecdoche, New York.

Mommy Berkerut Dahi

Posted in catatan on September 15, 2008 by fairul nizam

Natasya dan aku pulang ke Puncak Jalil Jumaat lalu kerana pagi Sabtu tu aku harus menolong Edna, kakak aku untuk membuat kuih Mazola.

Jadi, seawal jam 7 pagi Sabtu itu Edna sudah duduk di meja ruang tamu, menggaul adunan kacang kisar dengan tepung dan entah apa lagi. Waktu sampai untuk membantu, tugas aku cuma menuangkan minyak Mazola ke dalam adunan yang separa siap. Bila siap diadun, kami pun menggentel adunan ke bentuk bulat dan menyusunnya ke dalam loyang sebelum Mommy membakarnya ke dalam ketuhar.

Kuih Mazola siap dibakar menjelang petang. Kami dapat mengisi 3 bekas kuih dan aku dapat 2 bekas kot, tak tau lagi.

Tapi yang bestnya, hari tu Mommy berehat dari memasak kerana Edna dan aku telah melakukan kudeta dan menggulingkannya daripada jawatan Chef. Kami kemudian mengisytiharkan yang operasi memasak juadah berbuka puasa hari itu secara automatik jatuh ke bahu kami;  Edna memilih untuk memasak kepak ayam goreng yang diperap dengan pelbagai ramuan dan aku pulak pilih nak masak Carbonara.

Fettucine Carbonara. Ha!

Aku memang tak pernah masak kuah Carbornara ni. Buat kuah Bolognese pernahlah. Tapi tak kisah, belasah je. Aku taip kat enjin cari Google dan cari resipi Carbonara paling senang nak buat. Aku awal-awal dah saring resipi yang memerlukan bawang putih ditumis pasal Carbonara yang aku rasa semua takde rasa bawang putih. Lagipun, Natasya kata itu hari kat KDU pelajar jurusan memasak masak Carbonara pakai susu je. Jadi nampak je perkataan bawang putih atau shallot je, aku zass.

Dalam pukul 6, aku pun mula memasak kuah Carbonara selepas selesai menggoreng daging yang dipotong empat segi kecil dan merebus fettucine ke takat al dente.

Aku curah susu, masuk mentega, masuk keju Parmesan, masuk lada sulah, lada hitam dan siap! Masa tu, tukang rasa cakap kuah tu just nice, jadi aku pun melepaskan keluhan lega sebab jadi jugak kuah Carbonara.

Kita lompat terus ke waktu berbuka, selepas azan dilaungkan. Mommy menjadi pelanggan pertama nak rasa Carbonara yang aku masak.

Lepas dah letak fettucine, daging dan kuah, Mommy memulakan suapan pertama. Masa ni, aku dah berdebar dan masa terhenti, macam cerita Big Fish tolak bulu-bulu yang terawang-awangan.

Sebaik saja Mommy mula mengunyah, muka dia berkerut.

Ah, sudahhh.

Dia kata apasal rasa lemak sangat? Babah kat sebelah muka cuak sebab dia pun mesti kena rasa Carbonara yang aku buat.

Hari tu Carbonara aku tak berapa laku sebab ketua Chef yang aku gulingkan awal-awal dah berkerut dahi sewaktu merasanya.

Nota pada diri: Lain kali cuba masuk kuning telur. Tengok apa efek dia bikin pada kuah Carbonara.