Bacalah Buku Manual Wahai Juru Teknik (Bukan Semua) Streamyx

Aku tak faham kenapa juru teknik-juru teknik Streamyx tak boleh nak konfigurasikan modem ADSL Riger DB102 menjadi mode automatik (PPPoE/Router IP Dinamik).

Dah 2 kali jadi macam ni. Aku pasti mesti ada juru teknik yang tau buat tapi dah nasib aku jumpa juru teknik yang tak reti agaknya. 2 kali, beb. 

Pertama kali waktu modem di rumah aku rosak. Suruh buat, dia orang kata boleh setup manual je. Last-last, aku godam sendiri; baca manual dan tara, jadi!

Kali kedua, kat rumah famili aku. Semalam, aku telefon brother juru teknik yang datang tu sebab dia dah buat sambungan secara manual; aku tanya macam mana kalau aku nak jadikan modem ni dinamik. Cucuk je kabel kat mana-mana komputer dah boleh masuk internet. Dia kata, dia tau setup untuk sambungan manual dan kalau nak buat yang automatik tu, pengguna kena buat sendiri. WTF?

Aku telefon tanya pun pasal aku takde buku manual modem tu, dia orang datang kasi modem je, buku manual angkut pi mana tak tau. Nak periksa kat internet, takde sambungan pulak. Hawau betul!

Yang hairannya, prosedur macam mana nak jadikan modem sebagai router IP dinamik jelas-jelas ada dalam buku manual. Dia orang tak baca ke eh?

Sebab takde buku manual tu, 2 jam lebih aku tercangak depan PC. Asyik godek pilihan smartConfig pada antara muka modem tu. Kejap tukar opsyen bridge, kejap tukar PPPoE. ID Pengguna dah masuk, kata laluan dah betul, apa hal takleh jalan ni.

Waktu tidur malam tadi, mentol menyala keluar atas kepala aku! Eureka!

Rupa-rupanya aku cuma tertinggal @streamyx kat ID Pengguna tu. Cis! Rugi 2 jam semalam pasal tu je.

4 Respons to “Bacalah Buku Manual Wahai Juru Teknik (Bukan Semua) Streamyx”

  1. salam, setuju dengan komen anda mengenai bab streamnut ni aku punya desktop pc sampai sekarang tak boleh online lagi, boring dah call 100 sampai 3X satu malam masih tak selesai, anyway boleh share ckit bab automatik setup nak jadikan modem (sama model) jadi dinamik?

  2. oitss..tau la keje bukan bahagian ko blajo dulu..takkan dah berkarat abis…hehehe

  3. sebijik sama dgn kes aku.tp ko tggu dua jam.aku tggu 1 hari baru mentol tu kuar.siap call 100 lagi.adeh..

  4. bukan bukan Says:

    memang diakui technical support kat 100 atau technician TM 70% memang x tau mendalam pasal modem,kalau call 100,and problem dapat solve dalam masa yang sama mungkin bernasib baik sebab call tu dapat pada yang expert pasal teknikal..kalo dapat pada yang lain dia suruh bypass spliter,restart pc,restat modem, call balik..itu je la..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: