Pencuri Memang BABI

Itu hari masa majlis kenduri kahwin di Puncak Jalil, ada malaun yang masuk dan copet dompet Natasya dan Kak Eida, saudara aku. Hangus RM450++.

Baru-baru ni, anak buah jiran Mommy kahwin dan majlisnya berlangsung di Puncak Jalil jugak. Habis majlis, mereka mendapati almari yang menyimpan duit hantaran sebanyak RM4600 terkopak dan duitnya lesap.

RM4600 beb. Aku yang hilang RM400 dulu pun dah pening-pening lalat. Ni RM4600.

Hawau sungguh pencuri yang mencuri masa orang bina masjid.

Dah la tu, pejabat aku pun kena pecah masa hari Raya baru ni. Lesap 3 biji PC dan 1 Mac. Yang lebih mengecewakan, fail-fail untuk Komikoo #7 yang sudah separuh siap turut sama diangkut oleh malaun-malaun tu.

Sekarang kena buat daripada mula balik.

Babiii pencuri, tak kiralah pencuri pejabat, orang kahwin dan yang sewaktu dengannya!

2 Respons to “Pencuri Memang BABI”

  1. Hey Roy

    Aku officially lodging report polis kat kau. Sebab ko hina babi.

    Jika UMNO seputeh boleh repot polis pasal Teresa Kok hina telur. Aku rase, repot aku ni lagi munasabah. Betul tak? Babi ni, sekurang-kurangnya mahluk yang bernyawa tetapi telur tidak. Sesungguhpun babi ni tidak HALAL dalam Islam. Tapi aku nak juga repot kat polis. Boleh Tak?

    ba alif ba ya betul lar pencuri tu. bab ko tu, kira blessing in disguise lar. Jiran ko tu, kesian sikit. Aku selalu dengar cirita orang curi masa kenduri kahwin.

  2. aku baru tau hari nie ikut sini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20080810093016/Article/index_html ….siol betul..time kenduri dia buat keje….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: