Mommy Berkerut Dahi

Natasya dan aku pulang ke Puncak Jalil Jumaat lalu kerana pagi Sabtu tu aku harus menolong Edna, kakak aku untuk membuat kuih Mazola.

Jadi, seawal jam 7 pagi Sabtu itu Edna sudah duduk di meja ruang tamu, menggaul adunan kacang kisar dengan tepung dan entah apa lagi. Waktu sampai untuk membantu, tugas aku cuma menuangkan minyak Mazola ke dalam adunan yang separa siap. Bila siap diadun, kami pun menggentel adunan ke bentuk bulat dan menyusunnya ke dalam loyang sebelum Mommy membakarnya ke dalam ketuhar.

Kuih Mazola siap dibakar menjelang petang. Kami dapat mengisi 3 bekas kuih dan aku dapat 2 bekas kot, tak tau lagi.

Tapi yang bestnya, hari tu Mommy berehat dari memasak kerana Edna dan aku telah melakukan kudeta dan menggulingkannya daripada jawatan Chef. Kami kemudian mengisytiharkan yang operasi memasak juadah berbuka puasa hari itu secara automatik jatuh ke bahu kami;  Edna memilih untuk memasak kepak ayam goreng yang diperap dengan pelbagai ramuan dan aku pulak pilih nak masak Carbonara.

Fettucine Carbonara. Ha!

Aku memang tak pernah masak kuah Carbornara ni. Buat kuah Bolognese pernahlah. Tapi tak kisah, belasah je. Aku taip kat enjin cari Google dan cari resipi Carbonara paling senang nak buat. Aku awal-awal dah saring resipi yang memerlukan bawang putih ditumis pasal Carbonara yang aku rasa semua takde rasa bawang putih. Lagipun, Natasya kata itu hari kat KDU pelajar jurusan memasak masak Carbonara pakai susu je. Jadi nampak je perkataan bawang putih atau shallot je, aku zass.

Dalam pukul 6, aku pun mula memasak kuah Carbonara selepas selesai menggoreng daging yang dipotong empat segi kecil dan merebus fettucine ke takat al dente.

Aku curah susu, masuk mentega, masuk keju Parmesan, masuk lada sulah, lada hitam dan siap! Masa tu, tukang rasa cakap kuah tu just nice, jadi aku pun melepaskan keluhan lega sebab jadi jugak kuah Carbonara.

Kita lompat terus ke waktu berbuka, selepas azan dilaungkan. Mommy menjadi pelanggan pertama nak rasa Carbonara yang aku masak.

Lepas dah letak fettucine, daging dan kuah, Mommy memulakan suapan pertama. Masa ni, aku dah berdebar dan masa terhenti, macam cerita Big Fish tolak bulu-bulu yang terawang-awangan.

Sebaik saja Mommy mula mengunyah, muka dia berkerut.

Ah, sudahhh.

Dia kata apasal rasa lemak sangat? Babah kat sebelah muka cuak sebab dia pun mesti kena rasa Carbonara yang aku buat.

Hari tu Carbonara aku tak berapa laku sebab ketua Chef yang aku gulingkan awal-awal dah berkerut dahi sewaktu merasanya.

Nota pada diri: Lain kali cuba masuk kuning telur. Tengok apa efek dia bikin pada kuah Carbonara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: