Panaskan Otak

Waktu menulis pos ini, lagu John Legend berkumandang di iTunes langsung mengingatkan aku kepada konsert Sunburst yang aku hadiri bersama Natasya. Memang sedap suara mamat ni. Pagi ni aku takde projection mahu menulis apa; cuma mau memanaskan otak aku sebelum mula buat kerja.

Dah seminggu aku tak berapa nak baca buku, semalam sempat aku baca bab 3 grafik novel Watchmen. Lepas bab 3 tamat, aku layan baca petikan autobiografi Hollis Mason yang bertajuk Under the Hood. Tentang Dr Manhattan dan Ozymandias. Dan persaraan Hollis Mason daripada menjadi Nite Owl. Yeah, lepas habis baca aku dah mengantuk.

Jadi aku pun layan tengok TV. Aku tonton Hell’s Kitchen di saluran AFC. Mula-mula aku ingat nak layan London Ink tapi daya tarikan HK lagi kuat. Dan ia memang gila best! Gila ganas Gordon Ramsay! Dia mampu membuatkan para peserta gugup sebelum mula apa-apa pun. Bukak tudung makanan pun dah buat para peserta gabra. Bila dia maki, memang maki kaw-kaw tak bagi can punya. Siap pelanggan yang datang nak jumpa dia pun kena maki secara percuma, “Can you shut the fuck up for 30 seconds?” Fucking ace, man.

Nampaknya selain Bourdain, aku dah ada chef kegemaran kedua. Masa menonton tu, tiba-tiba aku rasa macam nak jadi chef. Ha ha.

Oh aku tersilap fakta. Seminggu lalu aku banyak membaca tetapi tentang satu topik yang selama ini belum pernah aku sentuh iaitu bab diet pemakanan. Jadi sekarang bila aku beli barang kat mana-mana, aku pun periksa label kandungan pada produk makanan yang aku nak beli tu. Walaupun tak berapa pasti, tapi aku cuma tengok kandungan protein, kalsium, vitamin et cetera dan pastikan yang kandungan lemaknya rendah.

Aku super-excited untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya.

2 Respons to “Panaskan Otak”

  1. peh ko pun minat masak roy, sumer yang dah kawin tetiba lak minat masak heheh, yoni pun citer dia masak, pelik gak aku dengar hahahah….baguslah, teruskan usaha, dalam budak laki aku rasa pokcik paling dah lama masak, tapi tak tau dia reti lagi tak, msa kat uk dlu je lah, dia ada gak resipi advance dia ajar aku, ayam masak merah, kari, kurma, etc aku pun lupa, setakat goreng goreng ni celah gigi je hhahah anyway, congrats roy, keep up the good work

  2. btw, I’m a Jamie Oliver fan….yeah babeh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: