Arkib untuk September, 2008

Raya

Posted in catatan on September 30, 2008 by fairul nizam

Sekejap dah nak raya. Macam tahun-tahun lepas. Masa mula puasa, rasa macam masa berjalan laksana siput, lambat dan perlahan. Lepas hari ke-15, macam kereta masuk gear 5, berdesup larinya. Tup tap, dah 30 hari puasa. Dan esok, raya datang lagi.

Selamat Hari Raya!

Kaufman

Posted in catatan, petikan on September 17, 2008 by fairul nizam

“You’re nervous, I’m nervous – we are people.”

via AICN via storyboard@Wired

Separuh jalan mendengar temu ramah Jason Tanz dengan salah seorang penulis skrip yang mampu membayangi pengarah, Charlie Kaufman. Dia menulis Eternal Sunshine of A Spotless Mind, salah sebuah filem kegemaran aku sepanjang zaman dan beberapa lagi filem hebat – Adaptation, Being John Malkovich, Human Nature dan terbaru, dia sudah bergelar pengarah dengan filem yang bertajuk Synecdoche, New York.

Mommy Berkerut Dahi

Posted in catatan on September 15, 2008 by fairul nizam

Natasya dan aku pulang ke Puncak Jalil Jumaat lalu kerana pagi Sabtu tu aku harus menolong Edna, kakak aku untuk membuat kuih Mazola.

Jadi, seawal jam 7 pagi Sabtu itu Edna sudah duduk di meja ruang tamu, menggaul adunan kacang kisar dengan tepung dan entah apa lagi. Waktu sampai untuk membantu, tugas aku cuma menuangkan minyak Mazola ke dalam adunan yang separa siap. Bila siap diadun, kami pun menggentel adunan ke bentuk bulat dan menyusunnya ke dalam loyang sebelum Mommy membakarnya ke dalam ketuhar.

Kuih Mazola siap dibakar menjelang petang. Kami dapat mengisi 3 bekas kuih dan aku dapat 2 bekas kot, tak tau lagi.

Tapi yang bestnya, hari tu Mommy berehat dari memasak kerana Edna dan aku telah melakukan kudeta dan menggulingkannya daripada jawatan Chef. Kami kemudian mengisytiharkan yang operasi memasak juadah berbuka puasa hari itu secara automatik jatuh ke bahu kami;  Edna memilih untuk memasak kepak ayam goreng yang diperap dengan pelbagai ramuan dan aku pulak pilih nak masak Carbonara.

Fettucine Carbonara. Ha!

Aku memang tak pernah masak kuah Carbornara ni. Buat kuah Bolognese pernahlah. Tapi tak kisah, belasah je. Aku taip kat enjin cari Google dan cari resipi Carbonara paling senang nak buat. Aku awal-awal dah saring resipi yang memerlukan bawang putih ditumis pasal Carbonara yang aku rasa semua takde rasa bawang putih. Lagipun, Natasya kata itu hari kat KDU pelajar jurusan memasak masak Carbonara pakai susu je. Jadi nampak je perkataan bawang putih atau shallot je, aku zass.

Dalam pukul 6, aku pun mula memasak kuah Carbonara selepas selesai menggoreng daging yang dipotong empat segi kecil dan merebus fettucine ke takat al dente.

Aku curah susu, masuk mentega, masuk keju Parmesan, masuk lada sulah, lada hitam dan siap! Masa tu, tukang rasa cakap kuah tu just nice, jadi aku pun melepaskan keluhan lega sebab jadi jugak kuah Carbonara.

Kita lompat terus ke waktu berbuka, selepas azan dilaungkan. Mommy menjadi pelanggan pertama nak rasa Carbonara yang aku masak.

Lepas dah letak fettucine, daging dan kuah, Mommy memulakan suapan pertama. Masa ni, aku dah berdebar dan masa terhenti, macam cerita Big Fish tolak bulu-bulu yang terawang-awangan.

Sebaik saja Mommy mula mengunyah, muka dia berkerut.

Ah, sudahhh.

Dia kata apasal rasa lemak sangat? Babah kat sebelah muka cuak sebab dia pun mesti kena rasa Carbonara yang aku buat.

Hari tu Carbonara aku tak berapa laku sebab ketua Chef yang aku gulingkan awal-awal dah berkerut dahi sewaktu merasanya.

Nota pada diri: Lain kali cuba masuk kuning telur. Tengok apa efek dia bikin pada kuah Carbonara.

Panaskan Otak

Posted in catatan on September 11, 2008 by fairul nizam

Waktu menulis pos ini, lagu John Legend berkumandang di iTunes langsung mengingatkan aku kepada konsert Sunburst yang aku hadiri bersama Natasya. Memang sedap suara mamat ni. Pagi ni aku takde projection mahu menulis apa; cuma mau memanaskan otak aku sebelum mula buat kerja.

Dah seminggu aku tak berapa nak baca buku, semalam sempat aku baca bab 3 grafik novel Watchmen. Lepas bab 3 tamat, aku layan baca petikan autobiografi Hollis Mason yang bertajuk Under the Hood. Tentang Dr Manhattan dan Ozymandias. Dan persaraan Hollis Mason daripada menjadi Nite Owl. Yeah, lepas habis baca aku dah mengantuk.

Jadi aku pun layan tengok TV. Aku tonton Hell’s Kitchen di saluran AFC. Mula-mula aku ingat nak layan London Ink tapi daya tarikan HK lagi kuat. Dan ia memang gila best! Gila ganas Gordon Ramsay! Dia mampu membuatkan para peserta gugup sebelum mula apa-apa pun. Bukak tudung makanan pun dah buat para peserta gabra. Bila dia maki, memang maki kaw-kaw tak bagi can punya. Siap pelanggan yang datang nak jumpa dia pun kena maki secara percuma, “Can you shut the fuck up for 30 seconds?” Fucking ace, man.

Nampaknya selain Bourdain, aku dah ada chef kegemaran kedua. Masa menonton tu, tiba-tiba aku rasa macam nak jadi chef. Ha ha.

Oh aku tersilap fakta. Seminggu lalu aku banyak membaca tetapi tentang satu topik yang selama ini belum pernah aku sentuh iaitu bab diet pemakanan. Jadi sekarang bila aku beli barang kat mana-mana, aku pun periksa label kandungan pada produk makanan yang aku nak beli tu. Walaupun tak berapa pasti, tapi aku cuma tengok kandungan protein, kalsium, vitamin et cetera dan pastikan yang kandungan lemaknya rendah.

Aku super-excited untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya.

Ketumbit

Posted in catatan on September 4, 2008 by fairul nizam

Sewaktu memandu pulang ke rumah dari pejabat dua hari lalu, aku terasa gatal di mata kanan. Lalu aku membuat apa yang biasanya kita buat jika mata kita gatal; titikkan Eyemo. Nahhhh!

Aku gosok dengan tangan kanan la apa lagi, sambil tangan kirai mengawal stereng. Ah, mata yang gatal memang sedap digosok cuma kali ini aku terasa sedikit sakit di atas kelopak mata dan sakit ini dirasai cuma kalau kau terkena penyakit Ketimbit atau Ketumbit. Ketumbit! Shit!

Siapa yang aku sekodeng ni sampai kena ketumbit?

Tapi sekarang ia dah semakin pulih. Nasib baiklah ia tak membengkak gila babi.

Terima kasih, Tuhan.

Madah Berhelah

Posted in petikan on September 3, 2008 by fairul nizam

“Be careful, half knowledge is sometimes much worse than complete ignorance.”

– Kosei Ono, kartunis/pengkritik manga dan anime via Wrong About Japan.

Bidik Tepat

Posted in catatan on September 1, 2008 by fairul nizam

Semalam Natasya dan aku pergi ke jualan gudang Times di Plaza Damas, Mont Kiara. Dalam perjalanan ke sana, hujan turun. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang rintik-rintik. Sudah lama tidak mengunjungi jualan gudang/murah buku jadi semalam semacam pelepas gian; sakit kaki dan pinggang aku setelah selesai memeriksa setiap meja yang habis dilitupi buku. Semalam aku memburu novel-novel fiksyen sains dan yang dikarang oleh penulis Jepun. Daripada ribuan buku yang ada, aku cuma beli 3 buah buku saja (pokai!). Lagipun sekarang aku dah sedar (!) yang membeli buku dengan banyak tak akan memastikan aku akan membacanya. Jadi baik aku beli yang akan dibaca saja.

Jadi, kerugian semalam dihabiskan membeli:

Peter Carey, Wrong In About Japan

Strangers, Taichi Yamada

Expedition to Earth, Arthur C. Clarke

Jadi apa yang aku sasarkan terbidik jua. 1 buku fiksyen sains dan satu buku penulis Jepun. Aku beli buku Strangers sebab di depannya ada blurb dari Bret Easton Ellis. Secara automatik saja aku masukkan buku tu dalam bakul. Wrong In About Japan aku beli kerana ia bercerita tentang pengalaman penulis dan anaknya, Charley yang berusia 12 tahun di Jepun (ya, aku teruja dengan budaya Jepun yang unik dan selalunya pelik). Dan Arthur C. Clarke aku beli sebab, Arthur C. Clarkelah, apa lagi.

Aku selesai membaca Wrong In About Japan hari ni. Entah hantu mana yang masuk dalam badan, atau buku tu menyentuh tema yang amat dekat dan menarik minat aku, jadi bacaan aku laju saja. Ada petikan-petikan yang menarik dalam ini, dan juga perbincangan yang menarik dengan otaku dan juga pengarah-pengarah anime yang terkenal. Carey dapat berjumpa Tomino dan Miyazaki, dua pengarah tersohor di Jepun. Ia adalah masa yang tepat juga untuk aku membaca buku ini kerana Komikoo #6 adalah isu yang memfokuskan kepada stail manga, jadi ada beberapa fakta yang aku rasa patut diletakkan dalam nota editorial nanti.

Hari ini hujan amat lebat. Jadi tak terasa sangat penat berpuasa.