Bogart Bogarting

Petang semalam aku duduk kena teh halia dan samosa di Restoran Ali Maju sementara menunggu Natasya turun dari pejabat sambil membaca 100%, novel grafik Paul Pope buat kesekian kalinya.

Paul Pope adalah antara artis komik yang aku suka stail lukisannya; jujukan komiknya dinamik dan garisan dakwatnya (inking) yang nampak hidup (aku kira menggunakan berus).

Lagi satu, aku suka pendekatan naratifnya yang memaparkan dunia dystopia masa hadapan. 2 lagi novel grafiknya, Heavy Liquid dan Batman Year 100 turut berlaku di masa hadapan; tahun 2038 dan 2075 (100% berlaku pada tahun 2038). Masa tengah baca, barulah aku perasan yang watak-wataknya (Eloy dan John) ada 2-3 kali menyebut 100%. Sebelum ini tak terpahat perkara ini dalam otak aku. Naratif Pope kadang-kadang memeningkan. Plot bukanlah perkara yang utama tetapi pembangunan watak lebih utama. Barangkali pengalaman bekerja di Kodansha selama 5 tahun yang membentuknya begini. Pope sendiri mengakui yang sewaktu di sana (aku akan cari pautan temu ramah itu) yang editornya di Kodansha lebih mahu tahu tentang watak daripada plot.

Aku kira Pope seorang yang rajin membaca – ceritanya memetik nama Chaucer, Milton, Von Eschen-Bach dan legenda Tristan dan Iseult. Membaca blognya, selain dari petikan komik, aku selalu membaca petikan-petikan buku atau orang yang terkenal malah aku mendapat tahu tentang surat-surat Rilke kepada penyair muda dari sini juga (!).

Oh ya, aku terlajak cerita tentang Pope. Sebenarnya, aku nak memetik satu babak dalam 100% (muka surat 81) yang membuatkan aku tersenyum dan teringatkan Humphrey Bogart dari filem Casablanca. Dalam babak itu – Strel membawa rakannya Kim pergi berjumpa saudaranya, Eloy di sebuah kelab. Ketika Krisha rakan si Eloy menghulurkan rokok (balut?) kepada merekalah terjadinya satu perbualan yang menarik. Ia berbunyi begini:

Krishna: Here, Kettlehead. Take two and pass it to the ladies. And don’t Bogart this time.

Eloy: Mm-hmm (dia hisap dua pam)

Kim: Bogart? What’s that? (Eloy menghulur rokok kepada Kim) Thanks.

Krishna: Bogart. Surely you know. Like the actor from the old-time films. “Bogart.” He always had a smoke hanging on his chin.. ash a mile long. Like this. (Krisha membuat gaya Bogart menghisap rokok.) So if you hog a smoke, you’re “Bogarting,” you see…

Bogarting. Aku suka istilah itu. Buat aku senyum sendiri.

Nota untuk diri: Kena beli Heavy Liquid untuk komik seterusnya. Dan Sandman Volume 2.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: