Arkib untuk Ogos, 2008

Bajet Popular

Posted in catatan on Ogos 29, 2008 by fairul nizam

Waktu menulis pos ini, aku sudah melayari beberapa saluran televisyen – RTM2, Awani, Bernama – dan rata-rata soal bajet (yuk! aku masih benci perkataan ini) 2009. Mari lihat apa yang akan ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang semakin tersepit dan terkepit. Tema bajet tahun ini katanya:

“BAJET POPULAR”

Harapnya mereka sedar yang rakyat mahu mereka semua bekerja untuk kita!

Ketawa, Kecewa, Bohong

Posted in catatan on Ogos 28, 2008 by fairul nizam

Laughing is contagious – Jeremy Piven via Jeremy Piven’s Journey of A Lifetime via Travel and Living di saluran Astro 707

Aku sudah lama tak bergelak ketawa seperti semalam. Semalam sewaktu berada di sesi pembentangan IPCC untuk kategori digital komik, aku bertemu rakan-rakan lama yang dulu sama bekerja di Artsquare dan KLP dan juga rakan artis seperti Rambai, Zairi dan Apai di samping bertemu rakan baru seperti Milx dan Hasnul. Dan semalam, aku ketawa besar. Berdekah-dekah sewaktu sesi minum petang. Dan betullah seperti kata-kata di atas, ketawa itu berjangkit. Dan semalam, gelak tawa memang berjangkit antara kami; satu satu.

Aku gagal mendapat geran yang ditawarkan. Sedikit kecewa tetapi aku dah mencuba yang terbaik dan mempertahankan idea yang dipersembahkan. Tetapi Fy dan aku awal-awal lagi sudah berjanji yang jika kami gagal di sini, kami akan tetap meneruskan usaha menyiapkan komik ini.

Aku hampir tamat membaca buku Saya Terbakar Amarah Sendirian! – temu ramah Andre Vltchek dan Rossi Indira dengan penulis tersohor Indonesia, Pramoedya Ananta Toer yang aku beli di Jakarta 2 tahun lalu. Dan ianya begitu bagus. Banyak ilmu tentang pemikiran Pramoedya terhadap Indonesia terisi dalam buku ini. Dan banyak kata-katanya yang membuatkan otak ini ligat berfikir. Aku terjumpa satu ayat yang bagi aku sangat menarik terutama ketika situasi politik kita di Malaysia yang sedang bergelombang.

Setiap manusia di berbagai belahan dunia menyadari bahwa kebohongan yang diulang seribu kali pada akhirnya dapat menjadi kebenaran, …

Ya, pembohongan boleh menjadi benar jika pemikiran kita asyik diasak oleh fakta salah itu sebagai benar. Malah sekarang ini, aku sendiri tak tahu apa yang benar dan salah atau bohong tentang situasi politik di negara kita. Cerita yang diragukan kebenarannya pun boleh melalui proses sumpah laknat; lebih mengerikan bila sumpah dan agama menjadi mainan di bibir ahli-ahli politik umpama air yang meluncur laju keluar dari pili.

Ulat dalam Badan

Posted in catatan on Ogos 25, 2008 by fairul nizam

Wall-E sangat syok! Menontonnya semalam bersama Natasya dan lima orang anak buah. Lepas menonton, kena pulak nasi daging Yoshinoya. Lama sungguh tak menikmatinya. Apa lagi bedal sajalah.

Semalam Natasya terjumpa buku yang dicari-carinya tulisan David Sedaris yang bertajuk When You’re Engulfed in Flames. Jadi sebaik saja sampai ke rumah, aku pun sambung baca cerita pendek yang bertajuk Keeping Up It’s Catching yang pernah aku baca masa Natasya memuat turunkannya dari laman web The New York Times.

Ia menyentuh tentang kebersihan; bagaimana kita tak tahu tahap kebersihan sesuatu benda yang digunakan di tempat awam. Dalam kisah ini, ia ada menyentuh tentang kerusi yang digunakan di panggung wayang dan juga troli di pusat membeli belah. Bagaimana tahap kuman yang melekat pada tempat-tempat itu kerana kita tidak tahu siapa yang menggunakannnya sebelum ini? Mungkin kutu rambut yang melekat di kerusi itu atau cairan kudis buta yang melekat pada pemegang troli itu. Yang mungkin menjijikkan, jika kita benar-benar memikirkannya dan mencipta paranoia terhadap diri sendiri.

Aku? Biasanya aku mengambil pendekatan belasah saja. Aku boleh makan di mana-mana melainkan jika ianya terlalu teruk, boleh menggunakan mana-mana tandas, boleh pakai baju bundle cuma jika ada sesuatu yang berlaku, tak bolehlah nak merungut atau cakap banyak. Terima sajalah. Macam ginilah, apa benda yang hendak dilakukan ada risikonya dan jika kita sanggup menerima akibatnya, jadi buat saja.

Oh, berbalik kepada cerita pendek tadi. Ada satu bahagian yang kelakar yang ingin aku petik dan kongsikan bersama.

A few weeks later, the same thing happened to Maw Hamrick, which is what I call Hugh’s mother, Joan. Her worm was a bit shorter than her son’s, not that the size really matters. If I was a child and saw something creeping out of a hole in my mother’s leg, I would march to the nearest orphanage and put myself up for adoption. I would burn all pictures of her, destroy anything she had ever given me, and start all over because that is simply disgusting. A dad can be crawling with parasites and somehow it’s OK, but on a mom, or any woman, really, it’s unforgivable.

Haha. Aku tak tahan bahagian yang pergi ke rumah anak yatim supaya boleh dijadikan anak angkat.

Ini adalah pertama kali aku baca karya Sedaris. Boleh tahan kelakar mamat ni. Nanti nak sambung baca lagi.

Petikan

Posted in catatan, petikan on Ogos 22, 2008 by fairul nizam

“Finding oneself was a misnomer; a self is not found but made.”

– Jacques Barzun (via Siege via Coilhouse)

Aku sebenarnya mahu tulis satu pos saja hari ini tetapi kata-kata ini cukup cantik dan bermakna sekali.

Twittlr

Posted in catatan on Ogos 22, 2008 by fairul nizam

Sudah 3 hari aku bersidai di rumah. Kurang sihat. Selsema dan batuk manakala suhu badan turun naik tak tentu hala. Kejap panas, kejap sejuk. 3 hari tidak ke pejabat, aku sudah jadi semacam syok pulak duduk buat kerja di rumah.

Aku tulis deraf untuk skrip komik, siapkan artikel, bincang dengan artis muka hadapan untuk majalah Komikoo bulan depan, bagi kata putus untuk ilustrasi Prosa Untuk Plebeian yang dilukis oleh Kamal Masrun, berbual dengan grafik artis aku dan bermacam-macam lagi kerja lagilah.

Semua urusan melalui emel dan perisian IM. Oh, aku cintakan internet. Kau boleh biarkan bontot kau melepek atas kerusi 24 jam, 48 jam atau suka-hati-kau-berapa-jam jam dan kau akan temui pelbagai benda; berita, blog, gambar, porno yada yada yada.

Dan aku temui 2 benda baru (bukanlah baru cuma aku yang baru jumpa. heh.)

Hari pertama aku cuti, aku gatal tangan pergi mendaftar satu laman web microblogging yang dipanggil Twitter. Rasanya dulu aku pernah daftar sekali tapi aku hapuskan pasal tak reti nak guna. Tetapi sekarang rasa ketagih pula. Yang seronoknya Twitter boleh dikemas kini menggunakan mesej teks dan para pengguna boleh mendapat kemas kini pengguna lain melalui telefon bimbit juga. Sayangnya fungsi itu tidak boleh digunakan di Malaysia. Kita boleh menghantar pos melalui mesej teks cuma tidak boleh menerima kemas kini melaluinya. Tapi yeah, aku suka Twitter. Aku suka sebab tak perlu nak pos panjang-panjang. Cuma tulis apa yang terlintas di kepala pada satu-satu ketika yang rasa relevan dan mau dikongsi dengan pengguna-pengguna lain.

Dan hari ni, aku terjumpa pula Tumblr. Macam menarik tapi untuk mempunyai satu lagi blog, aku harus fikirkan tentang itu. Aku sukakan konsep nota kerja, seperti yang dilakukan oleh Siege (dalam post di bawah) dan melihat apa yang dilakukan oleh Liyana dalam laman Tumblr-nya memang menguja.

Ah, fikir nanti-nantilah.

Nota untuk Diri: Heavy Liquid akan keluar 24 September. Baca Hikayat Hang Tuah tulisan Kassim Ahmad. Dan habiskan Burgess! Dan selesaikan kerja tertangguh; Ogonshoto dan HPJ!

Pantang Hadiah Hantu Hari Lahir

Posted in catatan on Ogos 19, 2008 by fairul nizam

If we were meant to read for enjoyment, would God have created television? | After all, what is knowledge, really, but high-resolution regurgitation – Steve Carrell, Wired Magazine, May 2008.

Heh. Tergelak aku tatkala aku membaca ayat-ayat ini yang terkandung dalam nasihatnya tentang cara-cara untuk kelihatan pandai. Bacanya di sini.

Minggu lepas memang panas yang amat sampai aku terpaksa melanggar pantang untuk tidak meneguk air berais. Kata orang, jangan mula sebab nanti susah nak berhenti. Lepas dah kena sekali, apa lagi, kena banyak kali pulak. Dan sekarang ambik ubat; hidung aku tak berhenti bersok sek. Nasib baiklah hingus belum mula meleleh. Kalau tak, lagilah parah.

Minggu lepas juga aku dapat hadiah harijadi daripada Natasya – senakshah novel grafik Watchmen edisi TPB. Yay! Dulu masa membacanya, aku cuma pinjam naskhah milik Lefty. Akhirnya ada jugak aku naskhah sendiri. Dari laman web The Beat, aku dapat tahu yang jualan novel grafik ini meningkat terutamanya selepas trailer filemnya keluar. Ah sememangnya ia harus dibaca oleh para peminat komik; memang best dow!

Kebelakangan ini, aku asyik bermimpi tentang hantu. Entah kenapa. Ada satu malam aku mimpi hantu mak cik yang boleh tembus dalam cermin. Semalam, aku mimpi belalang pelesit yang aku cabut kepalanya. Pada badannya ada rambut terjulur, menandakan ia adalah belalang pelesit yang bertuan (aku dapat tahu dari sini.) Aku kira ini gara-gara baru lepas menulis satu skrip komik mengenai belalang pelesit yang aku inspirasikan dari mimpi sendiri juga. Selesai menulis skrip itulah kerap sangat aku bermimpi pasal hantu. Tsk.

Yang bosannya ialah bila terjaga di akhir mimpi dan nak mula balik tidur – susah!

Hari ini harijadi Mommy aku. Mommy berzodiak Leo. Macam aku juga. Dan oleh kerana Leo berlambangkan seekor singa, maka Mommy dan aku sememangnya garang. Roar!

Selamat hari jadi Mommy.

Bogart Bogarting

Posted in catatan, petikan on Ogos 15, 2008 by fairul nizam

Petang semalam aku duduk kena teh halia dan samosa di Restoran Ali Maju sementara menunggu Natasya turun dari pejabat sambil membaca 100%, novel grafik Paul Pope buat kesekian kalinya.

Paul Pope adalah antara artis komik yang aku suka stail lukisannya; jujukan komiknya dinamik dan garisan dakwatnya (inking) yang nampak hidup (aku kira menggunakan berus).

Lagi satu, aku suka pendekatan naratifnya yang memaparkan dunia dystopia masa hadapan. 2 lagi novel grafiknya, Heavy Liquid dan Batman Year 100 turut berlaku di masa hadapan; tahun 2038 dan 2075 (100% berlaku pada tahun 2038). Masa tengah baca, barulah aku perasan yang watak-wataknya (Eloy dan John) ada 2-3 kali menyebut 100%. Sebelum ini tak terpahat perkara ini dalam otak aku. Naratif Pope kadang-kadang memeningkan. Plot bukanlah perkara yang utama tetapi pembangunan watak lebih utama. Barangkali pengalaman bekerja di Kodansha selama 5 tahun yang membentuknya begini. Pope sendiri mengakui yang sewaktu di sana (aku akan cari pautan temu ramah itu) yang editornya di Kodansha lebih mahu tahu tentang watak daripada plot.

Aku kira Pope seorang yang rajin membaca – ceritanya memetik nama Chaucer, Milton, Von Eschen-Bach dan legenda Tristan dan Iseult. Membaca blognya, selain dari petikan komik, aku selalu membaca petikan-petikan buku atau orang yang terkenal malah aku mendapat tahu tentang surat-surat Rilke kepada penyair muda dari sini juga (!).

Oh ya, aku terlajak cerita tentang Pope. Sebenarnya, aku nak memetik satu babak dalam 100% (muka surat 81) yang membuatkan aku tersenyum dan teringatkan Humphrey Bogart dari filem Casablanca. Dalam babak itu – Strel membawa rakannya Kim pergi berjumpa saudaranya, Eloy di sebuah kelab. Ketika Krisha rakan si Eloy menghulurkan rokok (balut?) kepada merekalah terjadinya satu perbualan yang menarik. Ia berbunyi begini:

Krishna: Here, Kettlehead. Take two and pass it to the ladies. And don’t Bogart this time.

Eloy: Mm-hmm (dia hisap dua pam)

Kim: Bogart? What’s that? (Eloy menghulur rokok kepada Kim) Thanks.

Krishna: Bogart. Surely you know. Like the actor from the old-time films. “Bogart.” He always had a smoke hanging on his chin.. ash a mile long. Like this. (Krisha membuat gaya Bogart menghisap rokok.) So if you hog a smoke, you’re “Bogarting,” you see…

Bogarting. Aku suka istilah itu. Buat aku senyum sendiri.

Nota untuk diri: Kena beli Heavy Liquid untuk komik seterusnya. Dan Sandman Volume 2.