Pergi Mampus Sama Integriti

Membeli barang keperluan harian terutama yang bersangkut-paut dengan barangan rumah bukanlah susah sekarang ni. Terlalu banyak pilihan yang tersedia – kedai runcit, mini market, pasaraya, hypermarket. Yang jadi penentu adalah kuasa membeli. Ada duit, semua jadi bak kata Mat Gila, karaktor kartun ciptaan Allaryarham Rejabhad. Tapi aku bukan nak bercerita tentang purchasing power rakyat Malaysia yang walaupun pada zaman kenaikan harga/inflasi masih ghairah berbelanja berserta sedikit caci dan maki waktu mengeluarkan wang daripada dompet.

Aku tertarik dengan isu hypermarket yang tumbuh kat Malaysia ni macam cendawan lepas hujan. Bersepah-sepah. Pergilah ceruk mana di kota atau bandar, pasti akan terjumpa satu hypermarket tersergam indah di celah kepadatan kawasan penempatan. Sekarang, sudah menjadi trend untuk hypermarket dibina di kawasan perumahan dengan alasan memudahkan para pengguna berbelanja.

Dalam kesibukan ia dibina, aku teringat dan tertanya-tanya dengan usaha kerajaan membekukan permit hypermarket dengan alasan mahu membantu golongan peniaga kecil-kecilan kerana dia orang asyik terlepas soru! Tapi lepas tu, keadaan kembali seperti biasa; makin banyak hypermarket yang naik dibina dan peniaga-peniaga terpaksa bungkus bisnes dia orang. Tapi begitulah hidup di dunia ni, bak kata Darwin, bapa teori evolusi dunia – Survival of the Fittest, yang kuat mestilah sentiasa berada di atas dan akan menang. Dan hypermarket tentunya adalah the one yang ada advantage di sini dengan penyediaan ruang dan prasarana yang selesa untuk para pengguna membeli-belah – everything is beyond the reach of hands. Bye-bye peniaga sengkek.

Jadi, apabila semakin banyak hypermarket yang wujud sudah tentulah persaingan untuk mencuri perhatian pengguna berbelanja menjadi tinggi. Kuasa pengiklanan menjadi amat penting di sini. Dan berlumba-lumba masing-masing mempromosikan barangan mereka dengan pelbagai advertising tool daripada media cetak, elektonik, billboard dan flyers. Selak surat khabar dan perhatikan iklan harga – how they subtlely snubbing each other by the used of fonts and stuff. Tapi itu aku tak kisah. Maksud aku, people would go to the place that is offering good prices. Lagipun pattern membeli rakyat Malaysia agak terbalik sikit iaitu to hell with the quality, as long as they’re cheap, I’m in!

Jadi berperanglah each hypermarket with their own sets of promotion. Yang paling kelakar, dalam ghairah menarik pembeli, tabiat buruk-memburuk antara satu sama lain mula timbul. Pengalaman aku melihat senario ini semasa bekerja di kawasan USJ memang mengundang geli di hati. Dua powerhouse dalam arena jualan gudang yang duduk bersebelahan mula berperang. Aku namakan mereka G dan M. Teliti kejadian ini: Para pekerja dari M agaknya dah bosan melantak dekat tempat dia orang berkeputusan pergi ke food court G untuk makan tengah hari dengan berpakaian uniform rasmi syarikat. Tapi, niat kudus dia orang mengisi perut telah dieksploitasi oleh pihak pengurusan G yang merakamkan aksi dia orang ke dalam bentuk kekal – Snap! Snap! Tak berapa lama kemudian naiklah billboard yang menyaksikan para pekerja M sedang membeli makan dengan tagline bertulis – “Kami sungguh murah hinggakan pesaing kami pun makan di sini”. Hah, ingat, privasi sudah tiada lagi di Kuala Lumpur.

Itu tak berapa kelakar. Di simpang empat utama kawasan USJ yang wajib benar sesak di waktu petang, tertegak 2 billboard milik syarikat hypermarket yang sama. Di sinilah perbandingan harga untuk siapa yang menjual barangan yang lebih murah berlaku – masa nyata! Katakan G jual bawang merah RM1.50 sekilo, kau akan nampak billboard M akan tertera harga bawang merahnya yang jauh lebih murah dari apa yang ditawarkan oleh G. Siap ada anak panah lagi yang menunjukkan Kenapa bayar lebih? Setiap kali aku berhenti kat lampu isyarat simpang tu berdekah-dekah aku ketawa melihat macam mana desperatenya dia orang nak mencari pelanggan.

Lepas aku berhenti kerja dari Summit, lama jugak aku tak dihiburkan dengan lawak-lawak bodoh sombong macam ni. Sampailah hypermarket G ni bukak branch dekat dengan area rumah aku. Beberapa hari sebelum hari pembukaannya, hypermarket bernama T mencacakkan satu billboard yang menyatakan jaraknya dari tempat ia didirikan – 5.6 kilometer. Selang beberapa hari kemudian, 100 meter terkehadapan dari billboard T, G menaikkan billboard yang bertulis – Kenapa perlu memandu 5.6km untuk membeli belah. Hypermarket G, 100m di hadapan. Hah! Aku ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepala. Syarikat hypermarket gergasi yang rata-rata mempunyai para pekerja yang berkaliber dan berintegriti dan mempunyai jabatan pemasaran dan pengiklanan berkelakuan seperti budak sekolah tadika atas nama mengejar keuntungan. Bersaing itu baik, tapi apabila sudah sampai ke takat memburuk-burukkan antara satu sama lain, ia menampakkan ketidak-profesionallan satu-satu organisasi tu. Ah, tapi siapa peduli?! Asalkan barang murah, pelanggan akan datang berbondong-bondong bersenjatakan troli untuk diisi dengan barangan-barangan.

Fin.

Komentar ditutup.

%d bloggers like this: