Penampar

Posted in catatan on Julai 10, 2012 by fairul nizam

Aku lepak mamak petang tadi sama member aku, Ghaz. Kami sembang seputar pasal macam-macam. Lagu Hindi berkumandang melatari perbualan kami. Waktu Ghaz mau tunjukkan video klip kumpulan Avicii (kalau salah eja maaf, aku tulis dari telefon dan malas mahu Google), tiba-tiba ada drama meletus di balik kaunter memasak mamak tu. Si Bos tengah marah pekerja dia. Marah marah marah sebelum pang, satu penampar hinggap ke muka pekerja. Shit! Aku fikir. Dia marah lagi sebelum tangan dia bergerak lagi tampar pekerja dia. Sepanjang-panjang drama tu, ada 4-5 das penampar dia hinggap ke muka pekerja tu. Aku tengok muka mangsa tu macam dah nak menangis. Gila, beb. Dah besar panjang tapi kena tampar. Dengan bos pulak tu. Aku rasa memang tak patut Bos dia buat macam tu tapi aku tak tahu hujung pangkal. Aku harap si mangsa tabah dengan dugaan tu.

Cubaan 1, 2, 3

Posted in catatan on Julai 7, 2012 by fairul nizam

Ini cubaan mengepos dari iPhong. Sekarang ini aku tengah lepak kat sofa. Rumi tengah main iPad tengok Jangan Ambil Padang Kami dan natinski tengah melayari laman web. Emre terbongkang tidur setelah dari pagi menahan mata. Sebenarnya takdir hala tuju pun pos ni.

Menaip dekat QWERTY iPhong ni pun ok jugak. Sekarang aku rasa fokus aku makin kurang. Agaknya terlalu banyak multitasking. Itu hari baca tah artikel mana cakap banyak sangat multitasking tak bagus untuk otak. Sekarang ni cuba la jugak fokus pada satu- satu tugas tapi lepa sekali-sekala lepa jugak. Terperiksa juga tuit dan muka buku.

On the other note, bp aku dah ok. Sekarang ni aku ambik pendekatan rilek sudah terutama tentang kerja. Kalau dulu pressure apa bagai tapi sekarang semuanya dihadapi dengan senyuman. Kerja memang tak pernah habis pun. Esok mesti ada lagi jadi tulah, rilek sudah.

Sebenarnya aku rindu nak tulis artikel panjang ni. Asyik tulis benda tak lebih 140 perkataan sengal jugak. Tapi kena ada topik. Nantilah aku fikir topik apa nak tulis.

Mofo

Posted in Uncategorized on Jun 27, 2012 by fairul nizam

Motherfucker.

Pagi tadi aku menulis hampir 2 perenggan entri pertama untuk blog ini selepas setahun lebih dan kemudian komputer riba aku mati dan pos itu hilang.

Well, shit happens.

But I will write again, soon.

Mimpi

Posted in catatan on Mac 10, 2011 by fairul nizam

Itu hari mimpi aku pelik.

Aku mimpikan budak perempuan yang pernah aku suka. Aku tak ingat permulaan mimpi itu, tau-tau aku sedang duduk bersila dekat satu majlis makan dan aku nampak dia di satu meja bersetentang dengan aku. Kemudian dia ajak aku pergi makan, dan aku ikut tapi lepas dah dapat meja, aku pergi ambik isteri aku yang sedang sarat mengandung. Dan penamatnya, aku kira semacam filem, bila aku dan dia berbual, dan dia memberitahu aku yang semua orang cakap kita sepadan, tapi kita takkan dapat bersama.

Dan dengan itu, aku terjaga.

2011

Posted in catatan on Januari 14, 2011 by fairul nizam

Zup zap tup tap dah 2011.

Sial, dah 3 tahun rupanya gua tak update blog gua. Blog puisi gua pun sama bersawangnya.

Dalam 3 tahun ni, banyak benda jadi. Yang best, yang tak best.

Kawan bersilih ganti, kerja tetap kerja, ada yang pergi tak kembali dan macam-macam lagi. Well, hidup mesti terus.

Gua pun dah 2 tahun dalam alam 30-an. Gua makin clear dengan apa yang gua nak dalam hidup gua. Ah, semua orang pun ada matlamat sendiri dalam hidup. Last-last pun mati jugak, ye tak?

Bacalah Buku Manual Wahai Juru Teknik (Bukan Semua) Streamyx

Posted in catatan on Oktober 15, 2008 by fairul nizam

Aku tak faham kenapa juru teknik-juru teknik Streamyx tak boleh nak konfigurasikan modem ADSL Riger DB102 menjadi mode automatik (PPPoE/Router IP Dinamik).

Dah 2 kali jadi macam ni. Aku pasti mesti ada juru teknik yang tau buat tapi dah nasib aku jumpa juru teknik yang tak reti agaknya. 2 kali, beb. 

Pertama kali waktu modem di rumah aku rosak. Suruh buat, dia orang kata boleh setup manual je. Last-last, aku godam sendiri; baca manual dan tara, jadi!

Kali kedua, kat rumah famili aku. Semalam, aku telefon brother juru teknik yang datang tu sebab dia dah buat sambungan secara manual; aku tanya macam mana kalau aku nak jadikan modem ni dinamik. Cucuk je kabel kat mana-mana komputer dah boleh masuk internet. Dia kata, dia tau setup untuk sambungan manual dan kalau nak buat yang automatik tu, pengguna kena buat sendiri. WTF?

Aku telefon tanya pun pasal aku takde buku manual modem tu, dia orang datang kasi modem je, buku manual angkut pi mana tak tau. Nak periksa kat internet, takde sambungan pulak. Hawau betul!

Yang hairannya, prosedur macam mana nak jadikan modem sebagai router IP dinamik jelas-jelas ada dalam buku manual. Dia orang tak baca ke eh?

Sebab takde buku manual tu, 2 jam lebih aku tercangak depan PC. Asyik godek pilihan smartConfig pada antara muka modem tu. Kejap tukar opsyen bridge, kejap tukar PPPoE. ID Pengguna dah masuk, kata laluan dah betul, apa hal takleh jalan ni.

Waktu tidur malam tadi, mentol menyala keluar atas kepala aku! Eureka!

Rupa-rupanya aku cuma tertinggal @streamyx kat ID Pengguna tu. Cis! Rugi 2 jam semalam pasal tu je.

That’s So Sweet

Posted in catatan on Oktober 10, 2008 by fairul nizam

Semalam, pelakon Chris Noth yang membawakan watak Mr. Big dalam siri dan filem The Sex and The City menceritakan kisah anaknya sewaktu di awal kandungan sewaktu muncul dalam rancangan Oprah.

Aku suka lihat riak wajahnya ketika dia menuturkan bait kata, perlahan dan tenang, sambil matanya memandang ke hadapan, ke arah isterinya Tara.

Katanya, sewaktu pemeriksaan, doktor berkata yang bayi dalam kandungan tidak punya harapan dan mungkin terpaksa digugurkan kerana tiada degup jantung yang dapat dikesan.

Mereka pulang dan malam itu, sepanjang malam, isterinya Tara berbual dengan anaknya yang mungkin tidak akan dilahirkan ke dunia.

Esoknya, kata dia, selepas satu lagi pemeriksaan degup jantung anaknya muncul. Untuk itu, dia menggelarkan anaknya A Warrior. Kerana tidak mahu mengaku kalah. Sepanjang dia berkata-kata itu, matanya kejap kepada Tara.

That’s so sweet, komen Natasya yang menonton sambil melayari internet, merujuk kepada gaya dan kata-kata Mr. Big.

Yeah memang sweet. Dan sangat ajaib.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.