Tekan Tubi dalam Tidur

Januari 3, 2008

Waktu tidur-tidur ayam pagi ini - bantal menekup muka, mata tertutup tapi masih belum terputus hubungan dengan dunia realiti - tiba-tiba aku teringat yang aku harus melakukan senaman bangkit tubi demi mengempiskan perut yang semakin berkembang ke hadapan dan ke tepi.

Secara spontan, perut aku memberi refleks terhadap apa yang aku fikirkan. Tak semena-mena, dalam keadaan mengiring, aku membengkokkan sedikit perut seperti sedang membuat senaman itu dengan mata tertutup.

Aku tersenyum sendiri bila buka mata. Cilakak!

2 Respons kepada “Tekan Tubi dalam Tidur”

  1. chec. Berkata:

    Owh, inilah cara aku bersenam. Lihat sahaja bentuk badan-ku (aku tahu kau cemburu). Kau harus sering melakukannya tanpa rasa jemu dud.

  2. Affuan Berkata:

    haha, aku tahu apa itu. ekeke.

Tinggalkan jawapan